FEBRUARI 2022

Abg Jo Hadiri Sambutan Tahun Baru Cina SUPP Secara Virtual


KUCHING, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) anjuran parti berkenaan secara atas talian melalui Aplikasi Zoom pagi ini tadi. 

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina secara virtual dimulakan dengan ucapan oleh Presiden SUPP, YB Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian yang juga Menteri Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak. 

Dalam amanat ringkasnya pagi ini, YAB Ketua Menteri menyeru komuniti Cina untuk terus bersatu padu dalam mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi negeri Sarawak dalam mencapai taraf negeri maju 2030. Dalam hal berkaitan, Abang Johari juga  berterima kasih kepada komuniti perniagaan Cina kerana telah menyumbangkan pandangan mereka kepada Kerajaan Sarawak untuk merangka pelan pemulihan ekonomi.

Sejurus selepas itu, CM Abang Johari turut bersama-sama menggaul "Yee Sang" sebagai simbol kesejahteraan dan kemakmuran. 

Sumber dari : Sarawakku